Pecinta Sunnah, Ahlussunah Wal Jama'ah


    Dr Solah al-Khalidi Menanggapi Buku Karangan Ulama Wahabi Syeikh Muqbil Yang Mengatakan Yusuf Qardhawi Adalah Anjing Yang Menyalak

    Share
    avatar
    kurniawan

    Jumlah posting : 19
    Join date : 11.06.11
    Lokasi : Jakarta

    Dr Solah al-Khalidi Menanggapi Buku Karangan Ulama Wahabi Syeikh Muqbil Yang Mengatakan Yusuf Qardhawi Adalah Anjing Yang Menyalak

    Post by kurniawan on Sun 06 Nov 2011, 19:49

    Dr Solah al-Khalidi telah ditanya tentang serangan dan kecaman terhadap Syeikh Dr Yusof al-Qaradhawi oleh sebahagian orang di Malaysia. Pertanyaan dan jawabannya adalah sebagai berikut:

    Soal: Fadhilatus Syeikh.. Di sana terdapat sekelompok penuntut ilmu yang menyerang Syeikh Yusof al-Qaradhawi dengan berlandaskan kepada sebuah buku karya (syeikh) Muqbil bin Hadi bertajuk: Iskatul Kalbil 'Aawi.. (Mendiamkan anjing yang menyalak..)

    Jawab: Saudaraku yang mulia,
    Dr Solah al-KhalidiDr Solah al-Khalidial-Ustaz al-Imam al-Allamah Yusof al-Qaradhawi mempunyai kedudukan yang tinggi di kalangan kaum muslimin. Ilmunya melimpah. Besar pula kelebihannya. Dalam pada itu, beliau bukanlah seorang yang maksum, yang adakalanya beliau ada melakukan kesalahan. Namun, ini tidaklah bermakna kita perlu menulis sebuah buku untuk mencelanya. Saya pernah mendengar tentang buku (syeikh) Muqbil rhm, namun saya tidak menelaahnya.

    Saya berpendapat, saudara Muqbil telah melakukan satu kesalahan yang besar apabila beliau menyamakan al-Imam al-Allamah dengan anjing yang menyalak. Saya menyeru agar buku ini tidak dibaca kerana isikandungannya terdapat kesalahan dan bertentangan dengan hukum syarak Islam.

    Saya menyeru kepada para penuntut ilmu di Malaysia yang melakukan serangan terhadap (syeikh) al-Qaradhawi agar dapat menghalakan serangan mereka dan keupayaan kekuatan mereka terhadap Yahudi, Amerika, tentera salib dan musuh-musuh Islam yang lain. (Syeikh) al-Qaradhawi bukanlah musuh Islam, sekalipun beliau adakalanya melakukan kesilapan dan kesalahan. [Kredit: Fikri Az-Zahabi]


    واحة الفتوى:: ما توجيهكم بخصوص كتاب إسكات الكلب العاوي...؟؟
    by د.صلاح الخالدي
    أرسل أحد الإخوة رسالة يقول فيها ::
    فضيلة الشيخ.. أصبح هناك مجموعات من طلبة العلم يهاجمون الشيخ القرضاوي اعتمادا على ما جاء في كتاب لمقبل بن هادي كان عنوانه "اسكات الكلب العاوي..." وبماذا توجهوننا؟

    فأجاب الدكتور صلاح الخالدي حفظه الله ::
    الاخ الكريم..
    للأستاذ الإمام العلامة يوسف القرضاوي حفظه الله منزلة عالية عند عموم المسلمين، وعلمه غزير، وفضله كبير، ومع ذلك فهو ليس معصوماً ولكنه قد يخطأ أحياناً، ولكن ليس معنى هذا أن تؤلف الكتب في شتمه،وأنا سمعت بكتاب مقبل بن هادي رحمه الله، ولكني لم أطلع عليه وأردى أن الأخ مقبل قد أخطأ خطاً كبيراً عندما شبه إماماً علامة بالكلب العاوي، وأدعو إلى عدم قراءة هذا الكتاب لما فيه من أخطاء ومخالفة لحكم الشرع الإسلامي.
    وأدعو طلبة العلم عندكم في ماليزيا الذين يهاجمون القرضاوي إلى أن يوجهوا هجمومهم وطاقتهم إلى مواجهة اليهود والأمريكان والصليبين وغيرهم من أعداء الإسلام ، والقرضاوي ليس عدواً للإسلام رغم أنه يخطئ أحياناً

      Waktu sekarang Wed 22 Nov 2017, 10:56